slmt dtg

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Jumaat, 13 Mei 2011

Berbuat Baiklah pada suami....

assalamualaikum..... ok,entry pada malam ni bertajuk kelebihan seorang isteri...
sejak blogger wat problem,hri ni baru dapat tulis entry...hihi...
sebenarnya tengah minggu study week tapi malasnya nak study...hahaha....
sedar atau tidak lebih kurang lagi 2 minggu jerk lagi aku akan bergelar seorang isteri...
wow... dasyat kan?? hahaha... i'm not single anymore...2 yang sedih 2..hihi... xdelah, main-main jerk...
kejap atau lambar semua terpulang pada jodoh masing-masing... :)


baiklah,berkenaan dengan entry malam nie....
aku ada terbaca dalam sebuah buku tentang kelebihan yang seorang isteri boleh dapat kalau dia melayan
suaminya dengan baik...ibarat isteri solehah la... sangat mudah tuk dapat pahala dan sangat senang jugak tuk dapat dosa.... oklah...sama-samalah kita renungkan yerk... :)


  1. layan suami dapat pahala jihad - apabila suami pulang ke rumah dalam keadaan letih dan isteri melayani dengan baik, maka dia beroleh pahala jihad. (pahala yang paling agung umpama mati syahid)
  2. menjaga adab rumahtangga - rasulullah s.a.w menyebut bahawa mana-mana wanita yang menyebabkan suami keluar ke jalan Allah dan menjaga adab rumahtangga akan  masuk syurga 500tahun lbih dahulu dari suaminya. Dia akan menjadi ketua 70 ribu malaikat dan bidadari.
  3. menjaga solat dan taatkan suami - Allah izinkan dia masuk syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
  4. melayan suami dapat pahala 12 tahun solat - isteri yang melayani suami dengan ikhlas maka dia akan beroleh pahala 12 tahun solat.
  5. mengurut suami - wanita yang mengurut atau memicit suami tanpa disuruh dapat pahala 7 lapis emas manakala wanita yang mengurut suami bila disuruh dapat pahala 7 lapis perak.
  6. mendapat keredhaan suami - wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan masuk syurga.
  7. melihat suami dengan pandangan sayang - semakin lama seorang isteri memandang wajah suaminya dengan kasih sayang dan lemah lembut, semakin besar rahmat Allah akan turun kepadanya.
  8. meredakan kemarahan suami - jika suami datang dengan kemarahan tetapi isteri layan dengan baik maka dia beroleh separuh pahala jihad. 


banyakkan manfaat kalau kita berbuat baik pada suami?? sama-samalah kita renung-renungkan dan beramal dengan ilmu yang kita ada... semoga ini akan jadi panduan tuk semua kaum wanita yang sudah bergelar isteri mahupun yang bakal menjadi isteri seperti saya...hihi.... selamat malam semua.... assalamualaikum.... :)

gambar ni sje-sje jerk nk ltak... hihi... :)

2 ulasan:

  1. rasa mcm nk kahwin la. hehe

    BalasPadam
  2. hihi... khwin cpt2... byk phala 2...hihi

    BalasPadam