slmt dtg

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Selasa, 12 Julai 2011

semuanya bkan mudah sperti yang disangka...

salam... 

hidup ini sememangnya bukan perkara yang mudah untuk kita lalui... macam-macam dugaan dan halangan yang terpaksa kita tempuhi yang dapat menjadikan kita semakin tabah setiap hari... tapi tabahkah kita terhadap dugaan yang disediakan untuk kita?? xsmuanya dengan mudah dapat menerima dugaan dengan tenang dan redha bukan?? termasuk juga saya.. insan yang lemah ini sering kali kalah pada permainan perasaan yang melibatkan emosi.. selalu sangat beremosi sehingga menyebabkan hati orang yang kita sayangi sering terluka dek kata-kata yang kita ungkapkan tanpa berfikir panjang... menghamburkan kata-kata tanpa memikirkan kesannya terhadap kehidupan kita sememangnya sering dilakukan oleh kita tanpa kita sedari... setelah ia dilakukan barulah kita mula menyedarinya dan pada masa itu semuanya sudah terlambat untuk dikesali... 

namun walaupun kita cepat menyesali sesuatu perbuatan yang telah dilakukan, ia bukanlah sesuatu yang mudah diterima oleh pihak yang lain... keikhlasan kita meminta maaf juga bukan perkara yang mudah untuk dilihat dan dirasai oleh segelintir pihak... tetapi kita tidak boleh berputus asa kerana terdapat Yang Maha Mengetahui segalanya sentiasa bersama kita di waktu senang mahupun susah.. biarlah apa pun pandangan dan tafsiran yang dilakukan terhadap kita... Dia lebih mengetahui segalanya.... satu renungan untuk kita sama-sama fikirkan... salam....